boleh kah kita bekongsi mimpi dengan org lain?
hm tapi aku ingin bekongsi disini
semalam aku bemimpi sesuatu
banyak kali dah aku bemimpi yang kadang2 cuba memberi amaran kepada aku
tapi aku taktau maksud disebalik mimpi tu
kadang2 mimpi bumi ni mula hancur, kadang2 mimpi family aku bejauhan sesama sendiri
setiap kali aku bemimpi, aku akan rasa takut dan bila tesedar,aku takut untuk tidur kembali
kelakar kan?hm
kali ni mimpi aku bekenaan dengan diri aku
sedang enak aku membawa kereta, enak lagi haha
tidak pasti dimana, tibatiba aku jatuh kedalam gaung
gaung tu agak tinggi, aku seperti di awang awangan
alahai macam karangan tak?ok sambung
dalam hati berkata, ‘mati jugak aku ni’
tibatiba aku sampai di satu kawasan lapang yang tiada penghuni
hanya aku sorang, aku seperti meminta ampun pada ALLAH SWT
YA ALLAH, aku bukan mereka cerita wahai kawan2
tapi ini yang aku mimpikan malam tadi
aku rasa takut, sangat2 takut!
aku cuba keluar dan minta untuk dilepaskan
tapi seingat aku, aku hanya menyebut, ‘ampunkan aku’
mengapakah? aku tidak pasti
mungkin ada dosa yang aku buat
aku takut, dah cuba menjerit
hanya sebutan ‘astafirullahalazim’ sahaja tapi aku masih belum sedar dari mimpi
aku cuma sebut didalam mimpi
lama manekah aku tidak pasti, tau2 aku dah menjerit tesedar dari mimpi tu
aku dengar rakan sebilik memanggil nama ku 'atil', diba la
aku takut seperti biasa
aku tengok phone, jam sudah pukul 220 pg
‘hm , mimpi rupanya’ (dalam hati relax2 dulu, aku taknak tido lagi sebab aku takut nk masuk dlm mimpi tu balik’
mimpi ni hanya untuk dikongsi
mainan tido atau satu amaran?
renung2 kan lah
yang pasti, mungkin terlalu banyak dosa aku padaNYA
bye.
No comments:
Post a Comment