Tuesday, May 25, 2010

kisah lipas & aku

aku benci kau!! ee benci benci!!
hahahaha


ok, mari ketawa dulu k (hahahaha)
alkisah nya aku dan sang lipas
aku bukan takut dengan lipas pun, aku segan je sesunggut dengan janggut lipas tu
serius tak takut, segan je
hahahahaha

kisah bemula bila aku ngah khusyuk bawak keta
tekejut la wei tiba tiba ade janggut lipas tepi muka aku
si lipas tu punya pasal sebaik aku tak accident
sebaik lah aku tak langgar keta depan
kalau bukan sebab aku kat tengah jam
aku dah lame nak kua keta
SERIUS! (tengok betapa segan nya aku ngan lipas kan, hahaha)

takut la doh
aku rasa lipas tu spesies atok lipas la kot
sebab cam nampak muka tua je
ish sebaik lah lipas tu lua tingkap keta
tapi still segan ngan lipas

nak di tambahkan cita
punya bongok kan aku siap call mak aku (nak tanye something)
ok, mak tak angkat
so, aku call boyfie
setakat nak tanya lipas leh masuk dalam keta ikut side mirror tak???
bodoh siot aku!! (tengok betapa bongok nye aku sampai tak leh pikir pakai akal!! agaknya aku pikir pakai pale lutut kot!! hahahaha)
yang ni memang lawak
cam tak perlu lah nak tanya soalan bongok ye tak?
sebenarnya aku ngah takut
kalau lipas tu masuk dalam keta aku memang berani jamin aku accident time tu
ish serius wei

note: lepas pengalaman camni, rajin rajin la kemas dan cuci kereta anda (keta aku sentiasa bersih tp agaknya aku kena bersih kan gile gile kot. hahaha)
tapi kalau aku kat umah sewa, takde hal la sebab diba boleh bunuhkan lipas tu. yang ni buat aku sayang kat diba lebih. hehehe

Saturday, May 22, 2010

date nite

nak date nite jugak kan cam name muvi tu
haha

semalam tengok muvi nitemare
not bad la, tak best sangat pun
kalau dari 10 tu aku bagi 5 je
cita tu biase sangat
ingat nak tengok shrek tapi penuh
kalau ade pun seat depan gile
ish taknak la
lain la dapat tiket free macam tiket ironman hari tu
haha

ok, ni gamba semalam



piza ni agak besa
makan 2 orang pun tak abis

carbonara ni best
jemput pegi makan

air apple sesuai untuk penghadaman


gamba aku harus diselitkan sekali
hahaha
ok bye!

Saturday, May 15, 2010

musim kemarau

aku emo kejap hari ni
tah, nak datang bulan dah kot. haha!

sebab, aku taktau
pantang ade kurang sikit mesti aku nak lawan
elok aku tuka course amik lawyer je la. hahaha
tah pape la aku ni
tah bile aku nak matang kan? (pikir jap -.-")
tak pernah sekali jadi matang (eh ape pulak, ade kot sekali sekale, kot lah)
sekali kena marah daa
padan muke kau kan til?
degil sangat ni sebab tu orang naik pening nak layan
orang dah penat balik keja, sibuk nak tu la, nak ni la (seseorang bekata)
marah je keja aku, tu tingtong je
cuba lah bawak besaba
ish ish!
pantang tak kena, aku balun semua!
tibai semua sampai orang naik nyampah layan (padan la muke aku! haha)
haih

ok cukup mase bedrama
tak boleh la tiap mase musim bunga je
kang orang sekeliling jeles pulak
biar la sesekali belakon
kena la ade musim kemarau lak kan
hahaha

ok, ni gamba lepas musim kemarau. kejap je dah jadi musim bunga balik
biase la buat drama samarinda dalam blog
mane leh cita terangan, kang macam bawak hal rumah tangga (insyallah, amin..)
:))

ok, ni gamba mase kua dengan saf @ dagang ampang

see? dalam hati ade taman la der (ni bukan lakonan mesra yang aku selalu buat di kala begaduh ok, ni setulus ikhlas. ewww!! wakakaka) :p

gamba epul, saf & dibadibo (ish epul ni tecocok saf kang!)

ramzul , atil & ori (biase la aku kena senyum dengan camera, dorang tak perlu. haha)

bobby & ramzul (mamat baju merah ni biase la dengan gaya poyo nye, pls abaikan)

ori & adamo
ok, bye.

note: semua gamba di cilok dari album dibadibo tapi dah di edit oleh ku. haha

Monday, May 10, 2010

beloved mom



happy mother's day kepada ibuku
oh ibu, kau lah ratu hati ku (ayah juge!!)
terima kasih sebab dah membesarkan adik dengan begitu baik hingga ke hari ni
jasamu & penat lelah mencari rezeki besame ayah tak mungkin dapat dibalas
sayang sangat sangat!!
sob sob :(

note: kepada warga ibu di luar sane, selamat hari ibu!!

Saturday, May 1, 2010

ironman2 & us

semalam kami benasib baik!! :))
pegi dating dengan boyf and nak pegi tengok muvi disamping teringin fettucine carbonara
yummy!! huhuhu

sampai sampai je kat tempat nak beli tiket tu ramai gile orang la wei
haihh!! -.-"
aku dah mula rase hampa sebab for sure aku tak dapat nak tengok ironman2
dah sebulan kot aku tak pegi tengok muvi
er, kot lah
sampai je dah pukul 915, ironman2 pukul 950
yang lambat siap semua boyf
memang die besalah kalau aku tak dapat tengok ironman2!!
eh eh pandai nak salah kan orang lain
ish tak baik betul lah aku ni
tu besyukur la sebab boyf penat balik keja pastu nak kena layan kerenah ku lagi
nak fettucine la, nak ironman2 la
ish degil nya budak sekor ni!! ( aku la tu) hahahaha

ok, sambung balik
aku mula hampa sebab orang ramai gile
and kat screen dah betulis begini
950 sold out, and mase yang lain semua few
wth la doh?? aku mula besedih
ape guna aku pegi klcc ni kalau makan aje
baik lah aku pegi pavi je
lalala

tiba tiba..
jeng jeng jeng
datang la sorang hamba dan geng nya menghulur tiket2 free
mula mula aku cam confuse
tiket ni tiket tipu ke pe? tak pepasal aku kena tahan tak dapat masuk kan
oh tidak, hamba allah ni betul behati mulia
ini memang tiket betul ye, bukan main main nya
oh lucky me and boyf!!
besyukur pada ALLAH aku dapat tengok ironman2 finally
suka suka!! ;))

ok tu je
bye
hik

note: disebabkan oleh keterujaan aku dapat free ticket, aku lupe snap gamba
hahaha

Tuesday, April 13, 2010

feels lucky.

feels lucky?
yes! hari ni aku merasakan aku sungguh betuah
mengapakah aku merasa begini?
jom kite selidik!


first,
aku punya satu family yang sungguh bahagia
punya kedua ibu bapa yang begitu menyayangi aku
mereka sentiasa ade dengan aku
di kala aku jatuh tesungkur, di kala aku begembira dan di kala aku sakit & sihat
aku sangat besyukur dan bebanggga menjadi anak mereka *sedih kejap*

aku punya siblings yang very understanding lah orang kata
very sporting hee :p
yes, takde ape yang penting dalam dunia ni melainkan family aku
* emo*

rakan?
aku juga punya rakan seperjuangan yang sekepale lah orang kata
hidup aku huru hara gara gara sikap mereka
aku seronok! aku happy kerana mereka menghappy kan aku dengan kerenah mereka
haha

kekasih hati?
yes! im taken *blushing*
aku juga punya hati bunga bunga cinta
*tahap poyo dh ni*
seorang yang mengambil berat hal aku, berada dengan aku susah & senang
yang paling penting terima seadanya aku *blushing lagi*
seriously, die adelah yang terakhir * ade maksud ni ok*
wah :p
haha

dah dah
cukup dah masa berucap
nite ppl!

Sunday, April 12, 2009

viva la vida

aku mahu berkongsi cerita
ak mendapat baby baru
yakni viva la vida
oh, sayang sama kamu kereta :)

tata

Sunday, March 1, 2009

welcome march.

bulan bulan yg lepas merupakan bulan yg sukar untuk aku
jatuh dan bangun
tangisan dan gelak ketawa
aku simpan segalanya
kehidupan berputar
masa gembira tidak akan pernah lama
*sigh*

aku seperti dapat membaca sedikit corak kehidupan aku
pelik kan
tapi itu telah ditentukan
aku masih mengeluh
aku mula membenci
aku mengharap bulan selepas ini adalah bulan yg lebih baik dari bulan sebelum ni
:)

Saturday, January 17, 2009

sahabat.

aku sekodeng page rakan ku lagi.
tapi kali ini dari ex collegemate.


"
heart&soul is the best compliment in life. so appreciate wut u have now and don't throw 'em away from our life. mybe they can b apart of our happiness..sooner or later..."

sebuah kata dari seorang sahabat.
kau betul nick.
so apa lagi, amalkan :)


aku,nick and wani.

p/s:btw, aku rindu kau la nick! bile nak galok lagi?kau pulaukan aku! hehehe


Sunday, January 11, 2009

:)

tengah aku duk sibuk mengusha page rakan rakan ku.
aku terjumpa pepatah ini dalam page salah sorang schoolmate aku.


You can only respect others if you accept their faults.

Just as you can get moody and lose your cool so can they.
Don't ruin friendship.
Can you control your emotions?

p/s:tiap yg buruk itu datang dr kita. tiap yg baik itu datang dari DIA.


mom's birthday.


11january
words cannot express how special u are to me
.

selamat hari jadi.
i love you mom!!!

Monday, January 5, 2009

kata 'maaf'

maaf atau sorry.
sebuah kata yg senang untuk di ucap.
ye kan?
setelah apa yg dilemparkan.
setelah apa yg di lakukan.
begitu senang.

siapa kita untuk menyalahkan.
betul.
siapa kita untuk memaafkan.
betul.

berfikirlah.

p/s:jangan berkata tidak serupa bikin. pls.
aku bercakap berdasarkan apa yg pernah terjadi.
bukan untuk ditujukan pada seseorang atau sesiapa.
untuk aku dan semua.

Thursday, January 1, 2009

1st january 2009.

tahun baru.
azam baru.
kehidupan baru.

huhu segalanya baru.
tutup semua cerita lama, maafkan segala kekurangan dan juga kesilapan.
mungkin ada yg tersinggung kerana bukan semua perkara itu di senangi orang.

tiap yg terjadi itu ada hikmah disebaliknya.
jangan sentiasa merungut, belajar lebih bersyukur.
mulakan cara baru, cuba berubah untuk menjadi lebih baik.
untuk lebih matang, buang perangai keanak anakan.

grrr! susah tu.
aku harap aku mampu :)






Friday, December 26, 2008

muffin.

wishing merry christmas.

omg! hr ni jam gile! gilee gilee jam!
merata rata, mana mana, semua parking penuh.
nak cari parking alahai.
tension saje.

aku keluar untuk cari kain.
ada wedding raya cina ni.
keluar pulak time public holiday.
cari masalah la.

ohh ya.
hr ni 1st time wat muffin.
hehehe
xlawa.
ada size kecik and besar.
tapi xpe. saja untuk belajar mengadun.

tapi boleh la.

boleh la dimakan ;)

p/s: hey,stop laughing!

Tuesday, December 23, 2008

thankful :)


23 december 2008.

genap setahun 7 bulan untuk kami.

bagi anda yg sudah lebih dari jangka masa ni mungkin menganggap ini satu jangka masa yg singkat.
tapi tidak aku.
payah bai.
susah untuk kami sampai ke masa ni.
habis semua liku liku kehidupan kami redah. haha
kalau nak di sukat air mata aku ni mau banyak la.

Monday, December 22, 2008

tagged by fau, fuzen.

1.Sertakan tiga keping gambar kamu yang kamu rasa paling seksi.
2.Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan, mungkin kamu rasa senyuman anda masa itu adalah seksi, sertakan!
3.Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata kamu?
4.Tag 5 orang yang seksi.
5.Selamat menyeksikan diri!


1st picture

merasakan gambar ini seksi kerana jarang untuk aku membuat memek muka ku begini. haha



2nd picture

keseksian tidak semestinya terletak pada senyuman itu. keserasian antara kami menjadikan aku seksi di situ. hehe bole ke? ;)



3rd picture

senyuman melambangkan keseksian seseorang itu. adakah benar? ohh yeah, aku rasa ini seksi kerana ini juga melambang kebahagian aku ketika ini ;)



5 orang yang seksi di mata aku:

fara
syimir
umi
intan
nana


;)

Friday, December 19, 2008

day out

hey, selamat malam.
seperti yg aku kata hari tu. aku nak upload hasil dari gathering semalam. maaf ya semalam aku letih and aku malas nak hadap laptop lelama hanya untuk upload gamba. hehe


seharian pegi klcc and lunch at madam kwans. grrr! mahal tapi makan xabis pula.




muka aku control nak makan ni. hahaha



okay, ni la perempuan perempuan aku yg aku cakap tempoh hari. sayang bangat sama mereka. huhu



gamba ni cam kelaka tapi aku nak letak juga. haha mari aku kenal kan. lane belakang dari kiri; syimir, nana and farah. lane depan pulak; intan, aku and umi.




ohh yea, ni gamba last. malas mau letak banyak.


besties,
we had so many moments.
ill always remember d love ;)

Wednesday, December 17, 2008

tomorrow

hari ni seperti biase. aku bangun lambat lg. nak jadi apa anak dara sorang ni. haha! selambat lambat aku bangun, tapi aku seperti biase masih menguruskan hal rumah. aku mengemas sana sini. bajet aku rajin la kn. hehehe

sekarang almost tiap hari aku memasak. pehh cakap macam la aku masak sedap. haha tapi hakikatnya memang aku masak. sejak semester break ni kan, mak aku dah bagi kerja baru untuk aku kat rumah ni. tapi aku tak merungut sebab disamping aku memasak aku leh improve skil masak aku tu. sedap ke tak, pedulik kan la. dari tak reti apa.

ohh ya, hari ni seperti biasa jugak bosan dah tahap apa tah. ada dia macam xde. oops. xde la. camni la keja aku tiap hari. hadap tenet, sikit sikit tenet. lama lama aku jadi rabun cam sorang mamat ni. hey, you know who you are ;)

bebalik la pada topic aku 'tomorrow'. esok aku nak hangout dengan semua perempuan perempuan aku. haha horey! mari kita enjoy!

akan ku upload gambar hasil dari pejumpaan kami hari ini nanti.

Tuesday, December 16, 2008

things about me

  1. aku banyak cakap bile aku mula bercakap, most people said that la.
  2. i loveeee pink, cantik colour ni sebab nampak feminin. macam aku la kot. joke!
  3. aku suka tergelak tiba tiba time aku bercerita and gelak aku mesti kuat, pedulik kan haha!
  4. aku sayang te sangat sayang family aku. and aku suka bergaduh dengan adik aku yg sorang ni, ana nama nya. huhu
  5. i lovee my phone, sebab nya banyak pesanan ringkas yg amat berharga. message kekasih hati harusss di simpan.
  6. aku suka makan, bila aku happy aku makan, bila aku sedih pun aku makan. xtau la masa bila yg aku xmakan. orang kate aku dah chubby. aku tak kisah semua itu kerana aku masih diri aku even size badan aku nak berubah sikit pun. sikit ke? huhu
  7. aku punya satu hati yg punya satu orang bertakhta di dalam nya. pehh jiwang pulak.
  8. aku seorang yg kadang kadang amat degil bila sampai masa degil tu. ya! aku memang. aku amat keras kepala, kepala batu orang nya. tapi masa degil itu tak akan lama sebab i will back to normal. cam pesakit mental pun ada. hehe
  9. i have a dream. aku ingin kan sebuah rumah dan sebuah kereta hasil titik peluh aku sendiri. semua orang pasti ada impian juga kan.
  10. aku seorang yg malas. tunggu dulu. aku belum habis cakap. aku bukan malas dalam semua perkara. aku hanya malas untuk bangun ke class yg start pukul 830 pagi. haha! hai la lecturer, wat la class malam ke sedap sikit.

schoolmates and gasoline sg wang

ini alkisah rakan di bangku sekolah menengah
hehe *tegelak dulu*


mereka adalah seramai 5 orang ( si intan, nana, umi, farah and syimir )
6 orang termasuk aku
aku dan mereka bukan lah dr aliran class yg sama
mereka be 5 aliran sains tapi aku sorang te cicit class account pulak
aku sangka aku meminati accounting tapi itu tidak sama sekali kerana lama kelamaan aku semakin malas untuk menyusun atur kira kira
hahaha


kat sekolah, aku jumpa dorang semua time rehat or lepas sekolah je la baru dapat nak kecoh huru hara semua
time class, aku pasti keseorangan tapi adalah la jugak borak dengan wani (classmate aku)
aku seperti tak jadi diri sendiri
aku tidak jadi mulut murai di class sendiri
aku kurang bergaul dengan rakan class juga sbb class aku ramai cina lor
nape orang cina ramai suka account ek?
tahh, aku pn tak tau la
haha




alkisahnya, aku sudah lama tak ketemu mereka
gelak tawa mereka yg tak abis kecoh dah lama aku tak dengar
nak wat macam mana
lepas abis form 5, semua berpecah
semua nak busy je sampai sekarang
kiteorg hanya akan jumpa time semester break
itu pun klu jumpa la
haha *gelak lg*


hakikatnya,
aku rindu kan waktu di sekolah dulu
perangai gedik masing masing
kecoh sana sini, huru hara kat pudu plaza (mall kecik kenot dekat area tuition center aku, martin puduraya tu)
pantang berjumpa pasti kecoh sampai orang sekeliling memerhati
lagi lagi si umi dan nana
lawak mereka membuat aku saket perut menahan gelak
teringat kali terakhir kami berjumpa dan melepak di gasoline sungai wang
gelak sakan no..




korang semua jangan salah paham. ni gamba sebelum aku bertudung. hehe ini saje gamba dengan mereka yg aku ada.




ni gamba dengan dorang lg. rindu time ni!